masing2 tidak sanggup. si gadis tidak sanggup menjauh. dan si jejaka pula tidak mampu pergi.
langit tetap disitu.. dan kenangan tetap serupa. kita berdua tidak lagi dalam bulatan percintaan. langkah diatur kemas, kadang berlari dan kadang tersungkur. hanya memori dalam ingatan menjadi peneman. kau disana dan aku disini. dalam menaiki public transport yang penuh sesak, masing2 mencuba meneiti setiap kata tanpa bicara yang beribu batu jauhnya. lalu kita sedar bahawa masa hadapan ku adalah impian mu dan kejayaan mu adalah kekuatan ku. masih lagi menjauh. dan mungkin sebenarnya kejauhan yang tidak mungkin dapat didekatkan semula. namun kita ingin berjumpa pada alam yang kekal abadi. matahari masih lagi panas dan hatimu masih lagi membeku. salah siapakah itu? bumi berputar laju dan di antara saat yang berlalu,aku masih lagi mencintai mu. Aku masih lagi sibuk mengalunkan kata di papan kekunci silver. tugasan harus disiapkan. salahkah aku sengaja membiarkan perasaan rindu berlalu? salahkah aku kerana tidak berani berkata2 dihadapan mu apabila kita bersua untuk memohon kepastian diatas rasa yang ada? yang pasti pertemuan kita setiap kali mengundang rasa yang serupa. setiap gelak tawa serta garis senyuman ingin aku abadikan. malam menjadi semakin kabur bila hati mula sedar cinta itu tidak dapat menyatukan kita. kehancuran hati dan cinta itu harus pergi. mengapa sukar untuk dimiliki sebuah cinta luhur sedang kata xbisa diungkapkan oleh bibir yang sering menjadi bahasa penghantar paling utama? itu semua angan. itu semua mimpi. mimpi kita akan bersama seperti yang lainnya. ya, itu semua ilusi. namun sehingga kini si gadis belum mampu benar2 melepaskan dan si jejaka pula masih belum bisa memadam walau satu babak dlm kenangan. kita lebih dari sahabat namun bukan kekasih.
Wednesday, October 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment